a

Donec quam felis, ultricies nec, pellentesque eu, pretium quis, sem nulla consequat. Aenean massa.

latar belakang

Sebagai sebuah SMO (Pengurusan Sokongan Kemudahan Klinikal) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Jabatan Penyelidikan Klinikal adalah sebuah jabatan khusus yang menyediakan kemudahan dalam menjalankan kajian klinikal kepada industri farmaseutikal dan biomedikal bagi menjalankan kajian-kajian klinikal yang berkualiti dan selamat di PPUM.

Unit khusus bagi kajian klinikal CIC yang baru, telah dibina khas dan dilengkapi dengan berbagai peralatan yang memenuhi keperluan bagi menjalankan kajian klinikal bertaraf antarabangsa yang mematuhi piawaian global seperti Good Clinical Practice, Standard Operating dan Quality Assurance.

CIC berbangga menjadi sebahagian daripada sebuah hospital pembelajaran perdana di Malaysia, dengan wujudnya rangkaian penyelidik-penyelidik yang berpengalaman menjalankan kajian klinikal dan kumpulan besar yang berpotensi menjadi subjek kajian termasuk juga subjek dari kalangan sukarelawan yang sihat.

VISI KAMI

Menjadi Unit Percubaan Klinikal yang terkenal di peringkat antarabangsa dan menyediakan perkhidmatan klinikal yang terbaik

lebih daripada:
160

PENYELIDIK

lebih daripada:
178

KAJIAN YANG AKTIF

lebih daripada:
613

KAJIAN KLINIKAL YANG DIJALANKAN

lebih daripada:
13+

TERAPEUTIK

lebih daripada:
300

PENAJA

lebih daripada:
6

KOLABORASI MOU